Saturday, November 12, 2016

3P: Profil, Pelan dan Produk Shaklee, sebuah Kompeni Hebat

Hari ni kita nak belajar sedikit tentang 3P: PROFIL, PELAN dan PRODUK  sebuah kompeni hebat bernama Shaklee. 

Ini  3P bukan calang2 kompeni. Kompeni dan kesemua produknya diasas dan dihasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee. aaa nampak tak jejaka tampan kat bawah ni? itulah Dr Shaklee di masa mudanya. hensem kan? 


gambar ni diambil pada awal kemunculan beliau. pada ketika beliau menghasilkan vitamin shaklee yang pertama 101 yang dulu. aaa 101 tahun tau umur formulasi vitamin tu dan ianya masih ada dijual sampai sekarang. 


aaa itulah rupa vitamin pertama shaklee yang dinamakan VITALEA, singkatan daripada perkataan Vitalized Minerals. aaa 101 tahun dahulu shaklee dah hasilkan multivitamin. tapi.. time tu, Dr Shaklee masih belum bukak kompeni lagi. kompeni Shaklee ni hanya ditubuhkan untuk mula jual vitamin shaklee 41 tahun kemudian.

Apa? lepas 41 tahun baru nak bukak kompeni? kenapa?

well, Dr Shaklee ni ada falsafah dia. dia menekankan bahawa produk yang dia jual adalah PRODUK BERKESAN dan SENTIASA SELAMAT UNTUK MANUSIA. jadi, setelah 41 tahun VITALEA dimakan dan TERBUKTI pemakannya SELAMAT tanpa ada keracunan atau kerosakan pada hati dan buah pinggang, barulah Dr Shaklee tubuhkan syarikat network marketing pertama di dunia untuk pasarkan produk Shaklee.



maka wujudlah Kompeni Shaklee pada 1956. kompeni yang mengasaskan pemasaran secara network pertama di dunia dan setakat ni takde kompeni lain yang setanding. buktinya ia dah bertahan 60 tahun di dunia dan lebih 20 tahun di Malaysia dan tak pernah sekalipun gagal atau lewat untuk membayar bonus kepada agen-agen dia di seluruh pelosok dunia.


selain daripada vitamin, produk terawal shaklee adalah pembersih organik BASIC H. pembersih ni terhasil daripada hasil pembuatan vitamin yang seperti semua sedia maklum, pembuatannya juga secara organik. tanpa tambahan mahupun intervensi bahan kimia berbahaya.

Sehingga ke hari ini, Shaklee masih kekal dengan Vitamin dan produk pembersih sebagai produk utama, dan turut memperkenalkan skin care serta water filter sebagai produk sampingan.

ok, cukup dulu setakat ni 3P: Profil, Pelan dan Produk sebuah Kompeni Hebat.. nanti saya akan sambung lagi di kemudian hari. ni nak ke kedai beli bateri 3A dulu hihi.. saya tinggalkan andavdengan kata² hikmah Dr Shaklee



karmila karim
019 981 9196

Thursday, November 10, 2016

Tips Anak-anak Kebah Demam Sepantas Sehari


budak sulung ni letih lesu 2 hari lepas.. nak hantar ke PASTI dia nampak tak bermaya je. even masa sarapan pun makan sambil lentok kepala atas meja. pakcik kedai makan tu pun perasan "aik, tak semangat je hari ni?" biasanya dia akan berdiri sebelah pakcik tu nengok pakcik nebar roti canai haha

tak jadi hantar dia ke PASTI. bawak ke sekolah duduk kat bilik guru. siap letak colour pencils magic pens and kertas A4 atas meja.. prepare untuk dia conteng. saya terus ke kelas. balik semula ke bilik guru lepas kelas (2 jam kemudian) nengok dia tidur atas kerusi tu. kertas colours and pens tu tak berusik langsung.. aaa nampak dah dia memang tak sihat. balik sekolah bawak dia gi klinik.

doktor cakap dia demam sikit and nasihatkan dia untuk kerap minum air masak and jangan skip makan. sulung ni kekadang makan tak berapa nak selera. kadang banyak kadang sikit tak macam yang tengah haha.. takpelah, memang nak kena pantau jugak pemakanan dia ni.

balik rumah suruh dia mandi then pakai seluar je tak payah berbaju then suruh dia rehat. saya ke dapur masak apa yang ada. buatlah sup kentang dengan ayam goreng. lepas dia makan terus sua 1 sachet nutriferon n bancuh PD. nutriferon tu dia kunyah² je. sedap katanya hihi

alhamdulillah, esoknya dah kebah demam. dia dah excited ke sekolah (haha sebab hari tu ada sukaneka).. saya persiapkan lagi dia dengan chewable vita c and nutriferon lepas sarapan. 


aaa tengok.. seronok dia dapat hadiah sukaneka.. bila dah bukak dia x seronok sebab dapat tumbler kaler pink hahaha.. 

alhamdulillah, sampai hari ni saya masih bagi dia makan nutriferon sebab biasanya virus demam kan 2 3 hari so teruskan bagi untuk lawan virus tu. and pagi tadi dia dah nanya mana vita c dia and mintak bancuhkan mealshake untuk bekal. bagus.. dah jadi rutin baru.. ibu pun makin kena cepat sikit pagi² hihi

aaa ini tips anak² kebah demam sepantas sehari. untuk anak² saya memang menjadi. selain tu kalau badan panas sangat, saya akan lumurkan satu badan dengan HB cream selain mandikan dia dengan diluted Basic H. aaa jangan selimutkan ye anak² yang demam walaupun kesiankan diorang kesejukan. biar badan dia cool down ye.

karmila karim
019 981 9196

Tuesday, November 8, 2016

Bonus Shaklee Kini dan 6 Bulan Akan Datang

bulan ni kira genap dah setahun saya bergiat aktif dengan bisnes shaklee.. hihi happy anniversary to me.. teringat balik tahun lepas dalam berpantang saya mula build blog ni hihi

time tu blur lagik apa yang nak dicapai dengan shaklee. sangat fokus dengan task yang diberi semasa tu.. mak biz saya kata buat blog so buat blog. masa tu saya memang mintak untuk fokus pada blog dulu.. persiapan saya untuk menawan temerloh hihi so bila mak biz mintak setkan target, saya ketepikan dulu. saya kata dah saya balik temerloh and betul² bergiat nanti baru saya set target

aduhai.. silap rupanya cara itu.. tak boleh tak boleh.. no no no.. 

rupanya sebelum kita nak mula kita dah kena visualize the end.. visualize our journey.. the start, the middle, the end.. kena set target siap². tahun bila kita nak capai tahap tertinggi.. berapa bonus bulanan yang kita nak dapat. untuk dapat bonus tu kena tau berapa jualan kita sebulan.. untuk capai jualan bulanan tu kena ada target berapa jualan kita mingguan.. 

mesti ada TARGET TARGET TARGET.. kena ada AIM.. kenapa? yelah.. bila dah ada target, ada aim yang kita nak capai nak tuju, jadi kita boleh FOKUS. sama macam hidup kita ni.. takdek target, takdek aim, kita tak fokus untuk apa, hilangkan arah tuju, hidup tanpa erti.

jadi semenjak 2 menjak bila saya dah bebetul serius ni memang setiap bulan kena saya ingatkan untuk set target.. untuk set aktiviti harian. untuk buat vision board.. letak semua yang ditarget, diimpi, diidam kat situ. waaahhh banyak kerja beb haha.. ingatkan senang je nak berniaga produk yang dah sedia diketahui umum ni haha

wahahaha gelak besar saya.. sebelum ni memang saya tak pernah nak pandang jauh untuk sesuatu. adalah set target jangka panjang tapi takde action plan kecik kecik tu.. malu pulak nak set the end result hihi kalau ada TARGET pun i keep it to myself 

but now saya dah diajar untuk sentiasa tulis target saya.. tulis then tampal.. sebab ini perlu untuk visualize and sebagai peringatan kepada diri setiap hari. tampal kat tempat yang kita selalu tengok. tepi cermin ke, kat depan meja makan, kat tepi pintu, tepi tv ke, tepi dapur. letak kat tempat yang sentiasa kita tengok. letak kat tempat yang senang dilihat.

so sempena 1st anniversary sy dalam shaklee ni (happy anniversary mila 👏👏) saya nak betul² tulis apa TARGET saya. IMPIAN saya dalam shaklee ni. harapan dan target saya 6 bulan dari sekarang.

rank yang saya nak capai is senior coordinator.. aaa sebab saya nak bonus 5 angka tu hihi.. untuk capai target saya tu saya mesti ada paling kurang 5 orang anak bisnes yang serius. yang betul² serius macam saya 😉😉.. 

selain tu saya impikan untuk berjaya ikut trip percuma shaklee ni.. aa macam trip umrah.. or tahun depan nak ke jepun.. uiii destinasi impian tuu. nak pergi tu bukan sorang tau.. nak pergi dengan suami and mak ayah and triple H saya tu hihi

alhamdulillah setakat hari ini saya masih mampu lagi mengharungi hari demi hari bisnes saya ni dengan jayanya.. of course dengan backup support daripada family and khas kepada team #superstarshaklee. memang banyak faedah mendaftar bersama saya hihi. setakat ni memang sedang komited untuk menselfbrandkan diri di media internet ni. buat task #tsunamishaklee, buat task #ssvnov2016, buat task untuk mengupkan blog.. huish banyakkan kerja.. siapa kata orang niaga part time ni senang hihi

tapi jangan risau.. insya Allah saya akan bantu anda untuk sama naik cemerlang dalam shaklee. itupun jika anda mahukan bantuan saya.. percuma tau saya bagi. itupun tak nak ke? 😊😊

karmila karim
019 981 9196

Monday, November 7, 2016

Kenapa Saya Adalah Mentor Bisnes Online Terbaik Anda

hihi malu pulak bila nama kita spesifik ditulis dan diseru kat fb macam ni.😊😊😊 macamlah saya ni mentor bisnes online terbaik anda hihi tapi tak mustahil kan?

tapi betul kata mami Salwa Al'Izzah ni.. malu biarlah bertempat. dalam mencari ilmu kalau malu memang rugi. malu bertanya sesat jalan. malu bertanya tak dapatlah ilmu. tapi bertanya tu mestilah dengan adab ye.. jangan sampai menggedik tak tahu malu hihi

Mami Salwa ni dah bertahun² mengasah ilmu beliau.. kata beliau rugi jika ilmu yang Allah curahkan kepada beliau melalui guru² beliau yang hebat tidak beliau perturunkan dan ajarkan kepada orang lain. pada siapa lagi beliau nak ajar? aaa mestilah anak² cucu cicit bis beliau yang rajin bertanya dan berhubung dengan beliau.

saya ni sedang dalam proses mendalami ilmu blog dan SEO. juga untuk banyak lagi marketing channel dan caranya.. uish sangat banyak benda yang perlu dipelajari tapi it is a life-long journey.. ilmu Allah sangat luas.. sampai mati pun kita takkan habis belajar. aa sementara masih hidup ni, janganlah malas untuk upgrade diri ye 😉😉

tapikan...

saya belum ada anak² bis untuk diperturunkan ilmu yang saya dah pelajari ni.. sesak dah kepala ni sebab ilmu tu tersangkut je. saya risau ianya akan pudar. bukankah ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diguna dan dikongsi. lagikpun, lebih cepat belajar bila kita ajar or tunjuk kepada orang lain. lagi cepat ilmu itu diserap and disimpan dalam memori jangka panjang.

jadi, kepada sesiapa yang nak mencabar diri untuk berbisnes, yang nak mencari income tambahan, yang nak membaiki tahap kesihatan, yang nak hidup yang lebih bermanfaat dan sihat, bolehlah kontek saya ye 😊😊 lepas daftar ahli, Insya Allah, saya akan menjadi mentor bisnes online terbaik untuk anda. hihi tak sabar nak perturunkan ilmu saya ni dan hubungkan anda dengan guru saya yang hebat ni.. banyak tau faedah daftar ahli dengan saya..

ishh rugi tau kalau ilmu Allah yang mendatangkan manfaat ni tak dikongsikan.. rugi jugak tau tak kontek saya sebab saya ni mentor bisnes online terbaik anda 😎😎

karmila karim
019 981 9196

Sunday, November 6, 2016

Bisnes Shaklee Jalan Saya Capai Impian Hidup


hobi memang ada banyak. dari kecik sampai sekarang membacalah hobi utama tp sekarang membaca pun kadang² je hihi lagik² dengan Triple H, kerja kat sekolah lagik, Bisnes Shaklee lagik. membaca jugak tapi bukan lagi buku² citer cinta hihi.. eh dah Daftar Ahli Shaklee? belum? taip DAFTAR AHLI then hantar ke 019 981 9196 ye


selain membaca, koi pun suka gi kedai buku.. browse along the aisle.. pegang pencils, sharpeners, files.. read the books and mags.. kalau gi kedai buku memang akan sampai duduk atas lantai nengok pegang buku dan barang².. haha pegang je tak beli pun.. hobi ni pun dapat buat beberapa kali je setahun haha.. awal tahun memang banyak kali la melawat kedai buku.. towards year's end dah makin kurang lawatan hihi

masa sekarang memang banyak dihabiskan di rumah. so memang banyak peluang untuk hobi yang lain yakni menonton Movies kat tv. nak tengok movie kat wayang banyak sangat pancaroba nye haha so kita tengok la movie kat astrok yang berulang² ni. tak kesahlah.. channel ada banyak. bosan nengok movie inggeris tengok movie cina. tak nak tengok movie cina tengok movie tamil. kalo tak beralih ke hindustan ke korea ke thailand ke.. pendek kata apa² movie la yang ada

tapi semenjak 2 3 tahun ni minat kepada movies dah berkurang sikit. menonton tv tu masih lagi tapi akan bukak channel renovate bina diy design deco rumah or barang² dalam rumah. minat koi ni bukan pada interior susun atur finishes tapi pada construction work tu. seronok betul nengok diorang memecah membina memaku memotong.. uish seronok nengok power tools yang diorang guna.

bila nengok citer² macam tu semangat nak renovate sendiri. nak bina shelves, cabinets, pasang tiles, cat, paku papan dinding or ikat batu dinding.. haha paham tak apa tu? kalau tak paham takpe..

aaa manalah tau koi akan dapat peluang nak bina cabinet dapo ke wardrobe ke even shelves kat rumah sendiri.. even kalau tak berpeluang nak pegang power tools tu at least koi berpeluang nak design susun atur or rupa bentuk kabinet dapo, pantry dan soho koi. biarlah orang yang pakar membinanya hihi.. lebih jimat koi rasa 😄😄

sekarang sampai koi ada rumah sendiri (yang betul² untuk didiami), koi ada banyak masa untuk browse gambar² and design² layout kabinet.. sekarang tengah dalam fasa research la kunun nye hihi.. insya Allah bila dah ada rumahnya nanti, fasa untuk pilih plan and layout bebetul pulak akan tiba. hhuuuuuu bersabar laaaaaaahhhh (tarik napas dalam², hembus guna mulut) haha mesti korang yang baca buat jugak kan 😁😁

tak salah kan berimpian.. hidup tanpa impian dan fokus akan hanyut. kenapa hanyut? sebab takde hala tuju. so, marilah set up our impian dan fokus hidup. takpe kalau impian nye kecik sebab sekecik² impian sekurang²nya memberikan erti dalan hidup kita ni. takpe kalau impian itu mustahil, selagi tak cuba kita takkan tahu. eh janganlah impi yang terlampau dan tak realistik sangat pulak ye..

sama jugak dengan Bisnes Shaklee ni. impian koi untuk mengecapi kewangan dan masa yang bebas melalui bisnes ni. insya Allah diperkenan dan dipermudahkan oleh Allah

😎😎


nak baca Faedah Daftar Ahli dengan Koi? 

Saturday, November 5, 2016

Makan Vitamin Jadi Gemuk, Betul Ke?


ini produk kegemaran saya.. memang jatuh cinta berkali² dengan vita C ni. makan bersama ESP untuk menjaga kulit.. nak kulit yang sihat dan cantik la aim nye 😀😀

ada jugak ye orang yang takut makan vitamin C or B.. katanya bila makan vitamin berat badan akan naik.. katanya bila makan vitamin selera makan bertambah.. katanya lepas makan vitamin dia asyik² makan je

ni saya dengan bangganya nak bagitau.. makan vitamin memang akan buat berat badan kita naik.. APA??!! 😱😱😱 hihi ye betul ni.. berat badan pemakan vitamin akan naik dengan jayanya KALAU pemakan vitamin tu tak jaga pemakanannya.. saya pun macam ni mula² dulu 😅😅

vitamin tambahan aka supplement ni adalah untuk mencukupkan or menambah keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan kita. selain tu, ada jugak vitamin dimakan untuk membaiki tubuh badan kita dari dalam. jadi, bila badan kita cukup bekalan keperluan dan sihat, proses² badan kita pun berjalan lebih lancar. aih contoh macam enjin la.. bila kita dah ovehaul dah kasi bersih dalaman dia, enjin boleh berfungsi dengan lebih baik. faham tak?

okay mesti korang jawab "FAHAM" sambil angguk² kepala kan.. tapi masih kompius macamana vitamin tu boleh menggemukkan? aaa mesti tak sabar nak tahu love-hate relationship antara cik vitamin dan en gemuk ni.. ok ok, saya sambung..

kat mana tadi? aaa proses² badan berjalan lancar.. wokeh, bila proses badan berjalan lancar, insya Allah kadar metabolisme juga akan meningkat sekaligus sistem pembuangan juga semakin cekap. aaa lawas la kiranya. lepas makan je terus perut serap yang penting and singkirkan yang tak diperlukan. lepas makan terus buang lepas makan terus buang

ok kat situ mesti korang akan cakap "aaa dah buang tu perut kosong. mesti la lapar. dah lapar kenalah makan."

teeetttt.. salah.. 0 markah untuk korang.. kalau itu tindakan diambil memang kompemlah berat badan akan naik. 

ini tips nye.. walaupun ambik vitamin, cara makan kita kenalah jaga jugak. makan yang utama which are breakfast, lunch and dinner kenalah makan macam biasa pada waktu yang biasanya kita makan setiap hari.. setiap hari tanpa missed and dalam kuantiti yang sederhana.

"dah kenapa nak makan sederhana? dahlah lepas makan nanti akan terus dibuang.. lapar beb.."

ye, tau.. memang lapar. oleh kerana lapar lah kena makan secara sederhana. sebab sambil menunggu nak ke masa makan utama tu kita digalakkan makan snek. aaa yang ini pun dalam kuantiti yang sedikit tau.. bukan melantak tapi sekadar alas perut. dalam kadar sedikit tapi banyak kali. aaa contohnya lepas sarapan tu, setiap kali perut tu lapar, makanlah sekeping biskut.. or 2 keping biskut.. cicah ngan air teh.. pergh, sedap tu hihi

makan tu pun janganlah pilih coklat sekeping, jajan, gula².. pilihlah snek yang sihat. contohnya buah, biskut oatmeal, kekacang, kismis. 

ok.. jadi masih anggap makan vitamin jadi gemuk? semuanya terpulang  kepada diri sendiri. sekarang berat badan saya menten je.. turun lagi ada hihi

tepuk perut, tanyalah selera hihi

karmila karim
019 981 9196

Tuesday, November 1, 2016

Kepentingan Omega untuk Ibu Mengandung

hari ni nak kongsi tentang kepentingan OMEGA kepada ibu mengandung

apelah OMEGA omega yang selalu dengar dan tengok dalam iklan ni? dalam susu la, dalam minyak masak la.. omega 3 la omega 6 la..

okay, saya terangkan secara ringkas ye.. OMEGA ni datangnya daripada minyak ikan. khasiat dalam minyak ikan yang duk kat nuuuunn laut dalam nu.. bukan senang nak derived omega ni.. memang menggunakan kepakaran dan kudrat.. itu citer lain kali ye hihi

Ok apa yang best sangat pasal omega ni ye? 😮😮 

poin PENTINGnya di sini ialah omega sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak. omega 3 terutamanya. aaa macamana tu ye?

lemak asid omega 3 ni diperlukan untuk kesihatan secara general. maknanya dalam diet harian kita ni mesti ada omega 3. penting ni untuk menyeimbangkan ambilan omega 6 yang biasanya lebih banyak dalam makanan yang kita makan. 

aish penting ni tau sebab omega ni ada kena mengena dengan hormon.. tak betul ambilan kita ni akan mengucar kacirkan paras hormon kita.. nampak tak betapa pentingnya omega 3 ni? dah berapa kali dah tulis perkataan penting ni hihi

lemak asid dalam omega 3 ni jugak merupakan bahan untuk membina sel otak kita. aaa nampak tak kepentingan omega 3 ni.. makin kaya otak kita dengan omega, makin kuat daya  ingatan, tumpuan dan fungsi kognitif kita. 

jadi, kalau bekalan omega 3 ke otak kita mencukupi, otak kita akan dapat sokongan yang cukup untuk berfungsi dengan baik. nampak? penting ke penting omega 3 ni 😉😉😉

yang paling penting (penting lagi 😊😊) omega 3 mempunyai efek untuk melambatkan proses penuaan di otak.. jadi, kebarangkalian bagi pemakan omega 3 yang tegar untuk mendapat penyakit akibat penuaan seperti Alzheimer dan nyanyuk adalah lebih rendah berbanding mereka yang kurang makan omega 3. 

Nampak tak betapa PENTINGnya untuk kita makan omega 3. check balik makanan yang kita makan seharian.. ada tak makanan yang mengandungi omega 3? cukup ke tak ambilan omega 3 kita seharian?

untuk para ibu mengandung, semua faedah omega 3 yang diterima oleh badan si ibu akan dapat juga kepada fetus yang dikandung tu.. aaa dari dalam perut lagi otak anak dah diperkaya dengan omega 3. dari dalam rahim lagi pembinaan dan perkembangan otak anak dah diperkukuh dengan sokongan yang kuat.

kan berbaloi baloi tu?

rugi kan kalau ibu² mengandung melepaskan peluang untuk menyihatkan otak di samping membentuk bakal anak yang juga sihat cerdas otaknya.. penting ni supaya generasi yang lahir seterusnya adalah generasi yang lebih berkualiti.. sihat mental dan sihat fizikal. 

risau jugak nengok ke keadaan manusia zaman sekarang ni. yang dah semakin cetek akal, semakin dangkal fikiran, semakin lepas perilaku.. semoga kita semua terlindung daripadanya 😢😢

karmila karim
019 981 9196