Showing posts with label vitC. Show all posts
Showing posts with label vitC. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Produk Shaklee di saat Banjir


Gelapkan langit.. hari ni mendung lagi..  insya Allah kejap lagi hujan agaknya..  sebut hujan akan teringat banjir. so, hari ni nak share sikit pasal produk shaklee di saat banjir.

alhamdulillah.. sejuk bumi temerloh kebelakangan ni. syukur sangat² sebab hampir setahun jugaklah temerloh panas.. sampai surut air sungai Pahang te.. ni dah start hujan lebat sekali sekala, dah mula berair kembali sungai tu

ini pun lambat jugaklah angin monsun timur laut bertiup ke sini. biasanya dari bulan 9 bulan 10 dah mula. papepun tetap bersyukur.. semoga tanah² yang kering, tanaman² yang hampir mati bertahan dalam kemarau, kembali mencurahkan rezeki

tak sangguplah nak banjir besar pulak macam tahun 2014.. hihi tahun yang mengujakan untuk saya sebab kali pertama menghadapi bencana banjir besar.. sekolah pun jadi mangsa.. so tak payah ke sekolah.. tapi putuslah hubungan dengan bandar temerloh. duduklah pusing² sekitar paya pulai - kg awah.. bosan duk di rumah, ulang alik jalan area tu hihi. kawasan lain tak dapat nak dituju sebab jalanraya semua ampuh dek air.. 

rumah mertua di kampung tu memang setiap kali banjir besar akan menjadi mangsa.. taklah ampuh dek air sebab rumahnya atas bukit, tapi akan terputuslah hubungan dengan luar. yelah, rumah kat tebing sungai Pahang.. bila air dah melimpah tu memamg kompem jalan² akan ampuh. dah la ampuh, dalam dan deras pulak tu. tak dapat nak lalu dengan kenderaan darat. the only kenderaan yang boleh nak diguna untuk balik ke rumah mertua adalah bot. 

orang kampung memang siap sedia ngan bot dan minyak petrol banyak². jadi merekalah yang akan berkhidmat sebagai teksi nak balik ke rumah masing² time banjir hihi. uuu excited saya nak try naik bot nempuh air deras tu tapi risau la jugak.. saya ni tak pandai berenang.. pape jadi dalam perjalanan tu, lagik menyusahkan orang pulak. so sampai sekarang tak berani lagik nak cuba hihi.

mertua memang selalu dah prepare nak hadapi musim banjir. bila nampak air sungai dah nak melimpah memang awal² siap sedia. samaada nak terus stay di kampung or duduk rumah anak² di kawasan tak banjir. tapi tak boleh jugak nak tinggalkan rumah kosong gitu je. so prepare jugak beli makanan dalam tin, biskut², maggi, beras, susu, gula, teh kopi untuk orang yang akan tinggal di kampung jaga rumah. selain tu siap² beli lampu gas 2 3 bijik, minyaknye, lilin, air mineral bergallon².. macam² lah.. 

dulu masa saya tinggal dengan mertua, setiap kali musim banjir, ayah mertua dah risaukan saya. suruh suami saya bawak saya duk di rumah kakak ipar or duduk tempat lain time cuti sekolah tu. saya pun pelik jugak sebab saya excited ni nak duk di kampung. nak merasa jadi mangsa banjir. duk terkepung di rumah je, boleh rehat², boleh lepak² tengok tv. 

haha tergelak ayah mertua saya.. "time banjir mana dapat tengok tv. mana ada letrik. air bersih pun takde. nak mandi susah, nak buang air susah." tapikan rumah aboh kan tak naik air? haha naive nye saya. nampak sangat tak pernah kena banjir.. haha sebab rumah ayah saya di kuching tak pernah kena banjir (seingat sayalah hihi) kalau ada pun baniir, setakat naik kat jalan je and still boleh dilalui kenderaan.

apparently, masa banjir besar, protokol wajib adalah memutuskan bekalan letrik untuk mengelakkan berlakunya renjatan. selain tu, pam air ke kawasan banjir jugak ditutup. so memang terputus betullah.. 

sebab tu bagi mereka yang dah biasa dengan banjir besar dah siap siaga dengan bekalan². yang dah biasa and tahu rumah akan dinaiki air, dah siap siaga dengan bekalan untuk ke tempat perpindahan mangsa, dah kumpul² dokumen yang penting, dah angkat apa² yang nak diselamatkan ke tempat yang lebih tinggi. 

bekalan makanan yang diprepare untuk banjir ni biasanya adalah makanan segera, makanan kering dan makanan dalam paket, sumber nutrisi memang tolak tepi. dalam keadaan sumber air bersih pun susah nak dapat, memang kesihatan mangsa² banjir (yang tak nak berpindah ke tempat khas) akan terabai. nak² kanak².. pantang nampak air bertakung gitu mulalah nak main air bah.. seronok berkubang mandi air banjir.. hihi bukan budak kecik je, remaja belia pun tak ketinggalan. kekadang dengan mak ayah pun join main. berakit lah, bersampan lah.

banjir banjir jugak.. kesihatan dan keselamatan tetap dan mesti diutamakan. time banjir banyak wabak akan tersebar. wabak bawaan air biasanya. seperti malaria, kencing tikus, cirit birit, demam, denggi.. aish, segala makneka penyakit la boleh tersebar. semua yang berkaitan dengan kebersihan. yelah, time banjir banyak binatang yang mati lemas, segala sampah² akan timbul dan tersangkut di mana² ditambah lagi dengan barang² rumah yang hanyut. 

selain dokumena dan bekalan makanan serta peralatan yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi banjir, ubat²an serta vitamin juga perlu nye. bagi yang memang bergantung dengan ubat klinik, memang kena awal2 dah mintak bekalan untuk 2 bulan (itupun kalau klinik bagi memandangkan bekalan ubat sedikit terhad sekarang ni). 

jadi, sebagai SID shaklee yang prihatin, meh saya nak senaraikan produk shaklee yang perlu di saat banjir

  1. vitamin c untuk menguatkan imuniti badan
  2. nutriferon untuk melawan virus² yang hinggap dalam badan
  3. esp untuk bekalkan protein 
  4. performance drink untuk bantu kekalkan hidrasi badan
  5. vitalea untuk kesihatan secara umum
  6. hb cream untuk sapu² kat kulit yang digigit nyamuk

aaa itulah antara produk shaklee di saat banjir yang perlu disiapkan. takde lagi? meh order kat saya 😊😊

karmila karim
019 981 9196

Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Handle Customer dalam Bisnes Shaklee

hihi meh sini saya nak citer sikit pengalaman saya handle customer pertama saya dalam bisnes shaklee ni. 

masa mula serius bisnes shaklee ni malu² kucing jugak la nak share or promote. dengan family pun malu jugak haha tapi bila tetiba kazen mula tanya apa suplemen sesuai untuk dia, masa tu gelabah la jugak.. tanya upline, search kat internet, bukak buku nutrisi.. berpeluh jugaklah ketiak dibuatnya 😆😆😆

nampak tak muka blur nak jawab soklan orang 😄😄
dalam pada sibuk konsultasi tu sempat jugak la promot sikit² kat nenek. sebab dia tanya apa yang disibukkan sangat berbincang sampai tak perasan orang keliling hihi. saya pun intro la sikit kat nenek. bila sebut harga terkejut dia.. "mahal juak vitamin kitak ya.."

taken aback sebab tak tau nak counter apa haha saya sengih je.. tetiba kakak saya nyampuk.. ayat dia saya ingat sampai sekarang..

"sik mahal pun.. sebotol ubat ya banyak isiknya. boleh tahan sampei 2 3 bulan. bahagi dengan berapa reganya.. lagik murah daripada vitamin lain.."

priceless uolsss


tapi memang betul pun.. harga vitaC Shaklee sekali beli memang rasa mahalnye time nak bayar tu. tapi bila bahagikan rega tu dengan bilangan tablets dalamnya which are 180, rega dia lebih kurang sama dengan vitaC beli di farmasi. bezanya.. bilangan VitaC Shaklee jauh lebih banyak. 

aaa itu pengalaman saya handle customer pertama saya dalam bisnes shaklee. hihi lucu jugak bila diingatkan. kerana tu saya berusaha sungguh² untuk banyak bertanya and tambah ilmu tentang nutrisi shaklee ni

insya Allah sekarang saya akan lebih bersedia dan kompiden untuk melayan soalan² anda 😊😊

karmila karim
019 981 9196

Saturday, November 5, 2016

Makan Vitamin Jadi Gemuk, Betul Ke?


ini produk kegemaran saya.. memang jatuh cinta berkali² dengan vita C ni. makan bersama ESP untuk menjaga kulit.. nak kulit yang sihat dan cantik la aim nye 😀😀

ada jugak ye orang yang takut makan vitamin C or B.. katanya bila makan vitamin berat badan akan naik.. katanya bila makan vitamin selera makan bertambah.. katanya lepas makan vitamin dia asyik² makan je

ni saya dengan bangganya nak bagitau.. makan vitamin memang akan buat berat badan kita naik.. APA??!! 😱😱😱 hihi ye betul ni.. berat badan pemakan vitamin akan naik dengan jayanya KALAU pemakan vitamin tu tak jaga pemakanannya.. saya pun macam ni mula² dulu 😅😅

vitamin tambahan aka supplement ni adalah untuk mencukupkan or menambah keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan kita. selain tu, ada jugak vitamin dimakan untuk membaiki tubuh badan kita dari dalam. jadi, bila badan kita cukup bekalan keperluan dan sihat, proses² badan kita pun berjalan lebih lancar. aih contoh macam enjin la.. bila kita dah ovehaul dah kasi bersih dalaman dia, enjin boleh berfungsi dengan lebih baik. faham tak?

okay mesti korang jawab "FAHAM" sambil angguk² kepala kan.. tapi masih kompius macamana vitamin tu boleh menggemukkan? aaa mesti tak sabar nak tahu love-hate relationship antara cik vitamin dan en gemuk ni.. ok ok, saya sambung..

kat mana tadi? aaa proses² badan berjalan lancar.. wokeh, bila proses badan berjalan lancar, insya Allah kadar metabolisme juga akan meningkat sekaligus sistem pembuangan juga semakin cekap. aaa lawas la kiranya. lepas makan je terus perut serap yang penting and singkirkan yang tak diperlukan. lepas makan terus buang lepas makan terus buang

ok kat situ mesti korang akan cakap "aaa dah buang tu perut kosong. mesti la lapar. dah lapar kenalah makan."

teeetttt.. salah.. 0 markah untuk korang.. kalau itu tindakan diambil memang kompemlah berat badan akan naik. 

ini tips nye.. walaupun ambik vitamin, cara makan kita kenalah jaga jugak. makan yang utama which are breakfast, lunch and dinner kenalah makan macam biasa pada waktu yang biasanya kita makan setiap hari.. setiap hari tanpa missed and dalam kuantiti yang sederhana.

"dah kenapa nak makan sederhana? dahlah lepas makan nanti akan terus dibuang.. lapar beb.."

ye, tau.. memang lapar. oleh kerana lapar lah kena makan secara sederhana. sebab sambil menunggu nak ke masa makan utama tu kita digalakkan makan snek. aaa yang ini pun dalam kuantiti yang sedikit tau.. bukan melantak tapi sekadar alas perut. dalam kadar sedikit tapi banyak kali. aaa contohnya lepas sarapan tu, setiap kali perut tu lapar, makanlah sekeping biskut.. or 2 keping biskut.. cicah ngan air teh.. pergh, sedap tu hihi

makan tu pun janganlah pilih coklat sekeping, jajan, gula².. pilihlah snek yang sihat. contohnya buah, biskut oatmeal, kekacang, kismis. 

ok.. jadi masih anggap makan vitamin jadi gemuk? semuanya terpulang  kepada diri sendiri. sekarang berat badan saya menten je.. turun lagi ada hihi

tepuk perut, tanyalah selera hihi

karmila karim
019 981 9196