Wednesday, October 21, 2015

Masih belum boleh berlari..

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yg ingin dikongsi hari ini?? Oh ya.. masih lagi belum habis bercerita tentang permulaan diri ini sebagai pengedar Shaklee Temerloh.


[Apa yg ingin saya capai sebagai pengedar Shaklee]


Seperti yg saya ceritakan sebelum ini saya mula membeli produk Shaklee semasa mengandung anak ke-3.. itupun sesudah masuk trimester kedua. Namun masih belum terdetik di hati utk terlibat secara serius dlm bidang penjualan. Serius! Saya hanya mahu makan supplemen sahaja utk kesihatan diri n anak dlm kandungan. X nak jual2.. X RETI!!

Namun, semua itu mula berubah.. sekarang saya sedang bercuti panjang selepas melahirkan bby Husna (confinement 90 hari bersambung terus dgn cuti skolah.. hehe best x??).. rakan yg sama memperkenal dan menjual produk Shaklee kpd saya menghubungi dan memaklumkan bahawa sedang trending d google pencarian pengedar Shaklee di Temerloh. Saya mengatakan bahawa terdapat ramai pengedar Shaklee di sana. Laju rakan saya itu menangkis dan menyatakan bahawa dapatan google menunjukkan tiada pengedar Shaklee di Temerloh yg aktif secara online. Terus rakan saya mengajukan soalan, "Kenapa tidak di ambil peluang ini? Tengok sahaja, melepas.."

Ya.. kenapa tidak. Sejak bercuti ni pun saya sudah mula berjinak2 dgn online marketing.. menghubungi online seller yg memerlukan dropship dan telah mempromosikan beberapa produk. Jadi kenapa tidak dipromosikan juga produk2 Shaklee. Saya juga seorang ahli n layak menjadi pengedar.. 

Terus saya bersetuju tp awal saya katakan yg saya belom mahir online marketing. Baru sahaja mula bertapak dan pernah gagal dahulu. Rakan saya tidak berputus asa dan terus mengasak. Dia memberikan bahan2 bacaan dan rujukan untuk menjayakan suatu2 perniagaan online mahupun offline, dia hubungkan saya dengan rakan2 baru yg mempunyai hala tuju yang sama, dia masukkan saya di dalam kumpulan sokongan yang padu.. 

SAYA TERUS BERSEMANGAT!! saya habiskan masa seminggu.. ya SEMINGGU untuk mengkhatam semua infomasi dalam kumpulan sokongan, menelek2 apps yang sesuai untuk membuat iklan dan poster, mencari2 bahan2 lain berkaitan kesihatan di internet.. serta membaca blog rakan saya, www.petuakulit.com berulang2 kali.. utk dijadikan panduan dan menguatkan semangat hehe.

Dan bermulalah sesi penulisan blog ini. Bermulalah satu watak baru dlm hidup ini. Watak sebagai pengedar Shaklee Temerloh hehe.. Agak segan pd awalnya namun rakan saya nyatakan bahawa blog adalah luahan diri sendiri. Macam menulis cerpen di sekolah menengah dahulu (ya, saya sgt suka menulis cerpen dahulu).

Ada suara2 orang yg rapat bertanya2 akan perkembangan perniagaan online.. "Dah ada orang beli?" "Boleh ke ni?" "Dah laku dah ke?" "Awak mmg x de luck berniaga online. Klo kedai rasanye laku." Kdg2 kerana kata2 itu saya malu untuk bergiat aktif.. berniaga sembunyi2, nnt dh ada orang beli baru war2kn pd orang lain.. mcmana tu?? Dah kata nk meniaga caner nak sembunyi2 dari orang.. orang2 luar sana especially yg rapat la potential customer. 

Xpe.. kata2 itu saya jadikan sebagai batu api yang akan membakar semangat saya. Bukan utk dilemparkan semula pd mereka bila berjaya.. semoga kata2 itu sentiasa akan mengingatkan sy pd permulaan sy dan semoga ia akan sentiasa menjadikan hati ini tidak leka dan riak.

Jadi apa yg ingin dicapai bersama Shaklee?? Apa lagi kalau bkn kehidupan yg lebih sihat. Saya membeli awal dahulu pun utk kesihatan diri dan kini saya berpeluang utk berkongsi produk2 kesihatan dgn orang ramai. Saya bukanlah doktor mahupun pakar dlm bidang kesihatan namun saya akan berusaha utk membantu keluarga, rakan2 dan orang ramai ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Islam juga mahukan umatnya sihat. Ini juga perjuangan ke arah memperbaiki diri kepada yg lebih baik.

Sebut tentang keluarga customer pertama saya mestilah keluarga yg terdekat n paling rapat. Siapa lagi kalau bkn encik suami hehe.. sebagai seorg isteri dan ibu mmg patut concern n ambik peduli dgn kesihatan suami serta anak2.. merekalah keluarga di dunia dan di akhirat.. in shaa Allah..

Kepada kamu yg di luar sana, yg mahukan supplemen utk meningkatkan kesihatan, juga jika yg ada memerlukan alternatif lain utk masalah kesihatan segeralah menghubungi saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh anda di 019-9819196. Jgn malu2 ye..

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

No comments:

Post a Comment