Wednesday, November 30, 2016

7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee part II

ok.. entri ni adalah sambungan kepada 7 Sikap Orang Bisnes yang saya dah post sebelum ni. Dah baca ke belum? aa klik Sikap Orang Bisnes untuk baca 2 sikap sebelum ni 😊😊 saya ni Pengedar Shaklee Temerloh yang baru nak bertatih dalam dunia Bisnes Online ni. so memang banyak yang perlu dipelajari.


saya nak ulas pasal sikap positif yang saya dah share sebelum ni. hidup ni memang ada pasang surut, turun naik, tunggang terbalik then kembali normal.. biasalah tu.. hidup namanya hihi kitakan manusia biasa


saya ni pun tak terkecuali.. walaupun sekarang sedang berusaha untuk mempositifkan semua perkara, namun ada jugak yang terlepas (banyak la jugak hahaha)

perkara² negatif atau yang tak diingini memang sentiasa ada.. ada orang pernah bagitau saya tak patut untuk sentiasa positif sebab negativiti juga perlu untuk seimbangkan hidup kita. kalau asyik nak positif je nanti kita akan lupa pada kesusahan dan kesedihan pulak. ishkishkishk tak patut 🙅🙅

well, orang² yang positif ni bukannya lupakan yang negatif tu.. benda2 negatif dan segala makaneka kesusahan yang dilalui akan menguatkan lagi orang2 positif. orang² yang positif ni bila dilanda negativiti, akan berfikir secara menyeluruh and look for the positivity di sebalik aura negatif itu hihi..

so macamana sekalipun, orang yang positif akan sentiasa nampak yang positif jugak walaupun dilindungi oleh negatif. aaa nampak tak betapa bersemangatnya orang² positif ni untuk mengharungi kehidupan yang berliku² dan penuh pancaroba ni hihi



wokeh, let's end it here pasal positivity. hihi not being negative ye tapi nak sambung kelas pulak ni. syukur sangat berkesempatan nak hadiri kelas spesel ni.

nantikan sambungan entri ini ye untuk mengetahui 7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee


kepada yang sedang membaca ni dah Daftar Ahli dah? nak tahu apa Faedah Mendaftar Ahli VIP Shaklee Bersama Team #Superstarshaklee? boleh baca di 

Tuesday, November 29, 2016

7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee

assalamualaikum.. apa khabar rakan² blog hari ni. wokeh hari ni nak citer sikit 7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee. 


ini adalah 7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee yang pertama. sikap tak reti malu untuk bertanya dan terus menerus promote diri as pengedar shaklee yamg bertauliah. malu tu masih ada tapi bertempat laaa. 

saya hari ni jauh berbeza dari saya yang dulu. terutamanya dari segi menjalankan bsnes saya. dulu saya malu sangat nak promote bisnes pada kawan². secara berdepan. even dalam fb ke insta ke.. malu haha.. jangan cakap dengan kawan, dengan family members sendiri pun malu jugak nak promote. malu kena gelak, malu orang tak layan. haish malu betul hihi

bukan setakat malu nak promote, nak bertanya pada upline pun berat mulut. sebelum tanya tu dah ada pemikiran yang soklan saya tu trivial sangatlah, nanti menyusahkan pulak orang lain lah, mengganggu je kalau saya tanya.. memang macam² yang dipikir. 

sekarang alhamdulillah dah berubah sedikit demi sedikit. saya dah beranikan diri untuk buang sikit malu untuk promote tu. lagik² sekarang ni upline and mak biznezz memang support habis. bagi galakkan, sama² buat posting. so dengan selamba dah boleh buat post pasal shaklee dah sekarang. 




ini sikap7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee yang kedua. aaa positif sepanjang masa. suka sangat

bukanlah kami orang² bisnes ni tak pernah dilanda benda² negetif tapi kami sentiasa cuba untuk elakkan. bila ada benda negetif, kami akan cari the positif side of it then move on. 

and orang² bisnes ni memang berkawan dengan geng² bisnes dan geng² yang positif jugak. bak kata orang² bisnes yang dah berjaya, the positive will always attracts the positives.. and the achievers will always attract other achievers. 

and yang best nya about being positive is kita akan sentiasa nampak kebaikan dalam semua hal yang dilalui, akan sentiasa nampak kebaikan pada semua orang, akan sentiasa nampak rahmat Allah dalam semua perkara. menjadikan kita sentiasa bersyukur. 

aaa cukuplah setakat 2 je out of 7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee. tulis panjang² nanti tak khatam pulak hihi. 

nantikan bakinya dalam posting yang akan datang. insya Allah saya akan berjaya senaraikan7 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Dari Bisnes Shaklee. 

aaa nak baca lebih lagi pasal bisnes shaklee? boleh baca kelebihan Daftar Ahli Shaklee dengan team #superstarshaklee kat 


Monday, November 28, 2016

Jalan-Jalan Cuti Sekolah Kami Sambil Buat Bisnes Online


assalamualaikum.. hihi hari ni dah rasmi cuti sekolah bermula.. yeahhaaa!!! seronok siot!! so nak citer apa plan jalan-jalan cuti sekolah kami sambil tak lupakan bisnes online ni hihi

macam biasa bila dah namanya cuti, rutin kami sekeluarga memang akan turun kl. tujuan utama adalah ke airport nak ngambik cik abang yang terbang dari seberang laut china selatan tu. ingatkan this will be the last airport trip untuk jemput abang tapi sayang seribu kali sayang belum juga rezeki untuk cik abang pindah balik ke tanah semenanjung ni 😭😭😭

biasa trip ke kl tak lama sebab cik abang memang akan terus nak balik ke temerloh. kali ni berbeza sikit sebab boleh stay lama kat kl. cik abang lambat balik atas tugasan tambahan hihi nak tambah duit gitulah.. lagik pun mama and bapak pun ada kat kl so bolehlah meronggeng mak limah lama sikit 😁😁😁

oh and banyak orang tanya tak balik kuching ke? bila naik belon balik kampung? maaflah, cuti sekolah kali ni tak dapat nak balik kampung. cuti pun tak berapa lama huhu.. ni pun ada mesyuarat kat sekolah kamis nanti.. and kena bertugas jugak di sekolah. aaa siapa kata cikgu cuti lama 😣😣

dalam pada nak bercuti melepak lama di kl ni pun timbul jugak rasa kesian kat orang² temerloh, mentakab, chenor and jengka. yelah, pengedar shaklee kawasan diorang ni nak gi bercuti luar kawasanlah katakan. tak dapat nak COD barang.

maaf ye semua. tapi jangan risau sebab saya ni nama je bercuti tapi bisnes masih jalan seperti biasa hihi.. bisnes online kan.. semuanya di hujung jari je. 

ni pun dah ada 2 3 orang temerloh orang lipis dah kontek.. tanya² produk, ngoder² barang. ada sorang ni siap sedih tak dapat barang on the spot sebab gigi dia sakit sangat dah.. maaf ye.

anda masih boleh menghubungi saya di 019 981 9196 untuk konsultasi. aaa boleh terus order.. sepantas kilat saya akan terus ke hq Shaklee di bandar sunway nun untuk terus beli dan poskan order anda.. aa zap zus zasss je kekdah nye. 

tak nak pos? nak saya COD jugak? 

eh takde masalah. tunggu saya pulang ke temerloh untuk kita berjumpa face tu face ye (bukan fast to fast macam budak wicet ye kihkihkih) 


ni dah senin.. and hari ni takdek buat mende la pulak selain menonton GV kat channel 123 tu. anak² pulak dah seronok bermain. uish, terasa rugi 1 hari cuti ni. ehhhmm mana ek nak pergi berjalan di shah alam dengan 3 budak kecik ni?

aduhai.. tak boleh jadi ni. kena plan jugak jalan-jalan cuti sekolah ni sambil buat bisnes online. masa sedang berjalan dan ia ibarat emas. nanti dah balik temerloh mulalah nak mengeluh menyesal tak gi jalan² kat kl sedangkan peluang dah ada depan mata haha

tapi seronok pulak bergolek tak buat mende di hari cuti. aaa bestkan buat bisnes online ni.. sambil golek² rilek² cuti² bisnes masih jalan seperti biasa. yang penting esok saya memang akan ke HQ. rabu nanti pun akan pergi lagik. baru dapat info ada kelas eksklusif rabu ni. uish, mesti kena singgah walaupun sekejap. 

wokeh, nak tanya en google apa tempat yang seronok nak di tuju tapi mesti mudah dan selamat untuk di pergi sebab saya sorang je ni hihi siapa yang kenal saya dan pernah jumpa Triple H saya mesti tau apa yang perlu saya handle hahaha


tapi i'm up to the challenge. setakat ni impian H1 nak naik keretapi saya dah tunaikan pada kesempatan yang dulu. ni nak plan mini adventure trip yang lain pulak hihi

aaa ini je plan jalan-jalan cuti sekolah kami sambil buat bisnes online ni.. takde full plan pulak untuk minggu ni. nanti cik abang dah balik nanti memang dah ada plan lain hihi


BTW, bacalah faedah daftar jadi ahli shaklee dengan team superstar kat sini

Saturday, November 26, 2016

Vivix Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni saya nak share kenapa vivix shaklee: produk shaklee wajib ada dalam setiap rumah. 



ok.. bg teaser dulu. tetiba ada pulak tugasan yang mendesak. hihi malam2 sikit saya sambung ye

kenapa vivix shaklee produk shaklee wajib ada dalam setiap rumah

sabar ye

Monday, November 21, 2016

Trip Impian Percuma Dalam Bisnes Shaklee

team ireach shaklee baru je balik daripada trip impian percuma dalam bisnes shaklee.. ai is jeles 😒😒😒

kali ni diorang dapat ikut trip ke langkawi.. PERCUMA uollsss.. siap ada voucher makan lagik tu.. tidur hotel 5 bintang. jalan² sekitar langkawi layanan top class. sangat memaksa ai untuk jeles tahap dewa 😂😂😂

ritu trip percuma international ke california, usa.. ni trip percuma domestik pulak ke langkawi..

aish best betul buat bisnes shaklee.. buat singguh² bukan duit je dapat, trip² percuma pun boleh dapat. eh, kereta percuma pun ada tau.

setiap tahun destinasi trip berubah².. pernah ke italy lah, china lah.. yang domestik pulak hampir habis 1 malaysia dah pusing. 

cycle terbaru ni qualifiers akan ke JEPUN.. huuu memang destinasi impian ai nih. boleh baca kat sini citer sensasi trip impian percuma dalam bisnes shaklee yang ai idam²kan hihi

yang pasti, setiap tahun jugak shaklee offer untuk buat umrah percuma.. boleh pilih nak pergi trip international or umrah. aaa best ke best.. teruja ai ni

dan yang paling best, bukan kita sorang je boleh pergi. dengan semangat waja dan kesungguhan, insya Allah suami, anak², makpak, mertua semua boleh ikut. nak tak hendak je buat bisnes hihi


aaa sekarang ai nak tenung gambar jepun ni lama² and nk sambung berangan.. berangan layak untuk trip impian percuma dengan bisnes shaklee.. dapat pergi satu family



ok.. nak ajak anak² belajar cakap jepun mulai sekarang 😁😁 jom tengok drama jepun

karmila karim
019 981 9196

Friday, November 18, 2016

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee

assalamualaikum dan salam sejahtera.. aaa hari ni saya nak share sikit 7 sebab kenapa saya pilih bisnes shaklee online sebagai bisnes tambahan saya haha macamlah ada banyak bisnes lain 😊😊

hari tu saya ada tulis sikit latar belakang penubuhan kompeni shaklee ni. tak baca lagi? meh baca dulu kat sini

ok, bila dah berkenalan dengan pengasas kompeni dan bagaimana kompeni ni boleh dibina, hari ni nak citer sikit sebab kenapa saya pilih bisnes shaklee ni. macamana saya boleh jatuh cinta dengan produk² dia dan yakin betul dengannya.


aaa ini point yang pertama. setiap tahun shaklee membelanjakan bukan ratus, bukan ribu tapi BILLION ringgit khas untuk R&D setiap produk. 1 billion untuk ujikaji, penyelidikan dan pembangunan setiap produk yang shaklee hasilkan. shaklee dah hasilkan lebih 50 produk and mind you, semua produk tu masih lagi ada sampai sekarang. so boleh kira sendiri.. 50 produk darab 1 billion.. fuuuhhh investment besar tu


sebelum nak lancarkan produk pun ujikaji dan penyelidikan dibuat bertahun². dah terjual produk pun masih jugak buat penyelidikan untuk keberkesanan produk. then buat pembangunan dan penambahbaikan produk. aaa nampak tak kesungguhan shaklee untuk mengekalkan ketulenan dan keberkesanan produk diorang. cuba check produk suplement lain yang sedang kita makan sekarang.. ada tak kompeni tu belanjakan minimum 10juta untuk R&D? 

ni Mr Roger Barnett, the backbone of shaklee's R&D



ni point yang kedua.. citer pasal pembuatan produk. pernah tertanya tak kat mana ladang shaklee? berbillion² dah dibelanja untuk R&D jadi mesti berbillion jugaklah yang dilaburkan untuk ladang sendir kan.. wellllll di situlah kehebatan shaklee.. SHAKLEE TAKDE LADANG SENDIRI.. betul ni

kenapa takde ladang sendiri? ni sebab shaklee pentingkan kualiti. shaklee lantik dan pilih ladang² persendirian. semuanya dengan saringan SYARAT KUALITI yang sangat ketat untuk dicapai dan dikekalkan. sekiranya ladang² yang terpilih tu gagal memenuhi syarat tersebut, shaklee akan DISCARD ladang tu dan semua hasil daripada ladang tu dan akan cari ladang lain. 

tapi kenapa tak buat ladang sendiri? ladang sendiri kita akan tend to bias.. kalau hasil tanaman rosak, kita akan rasa rugi nak buang. yelah, dah keluarkan duit banyak nak jaga and baja kan.. so, bila kita lantik ladang luar, kita akan jadi sangat strict and fussy dan pilih yang terbaik je. betul ke betul? aaa itulah falsafah shaklee untuk tidak mempunyai ladang sendiri.

dannnn yang paling penting, shaklee hanya fokus kepada PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DARIPADA BAHAN MENTAH TERBAIK. aa shaklee tak nak buang masa dengan hal ehwal penanaman.. serahkan itu kepada pakar. walaupun bahan mentah shaklee ni daripada pelbagai sumber, shaklee akan pastikan semua ladang yang bekalkan sumber itu mengikut standard kualiti dan penanaman yang telah ditetapkan. NO CHEMICALS, NO DNA INTERVENTION.


ok, point yang terakhir adalah berkaitan dengan pemasaran. seperti yang semua tahu, shaklee adalah kompeni pertama yang mengasaskan pemasaran secara networking ataupun MLM. ini kerana shaklee taknak bazirkan wang untuk pemasaran sebab fokus shaklee adalah pembuatan produk berkualiti. so, shaklee tak keluarkan modal yang banyak untuk pemasaran. kerana modal pemasaran shaklee adalah MANUSIA.

sebab inilah, bisnes shaklee masih utuh walaupun dalam keadaan ekonomi merudum sekarang. macam tuan Faisal Abdullah, seorang sifu dan pakar pemasaran internet bagitau, BISNES SHAKLEE SANGAT BAGUS KERANA PRODUKNYA BAGUS DAN TERBUKTI BERKESAN SEJAK PULUHAN TAHUN, DAN JENAMA SHAKLEE SUDAH TERKENAL DI SERATA MALAYSIA. 

jadi, untuk orang yang baru nak berbisnes,  or orang yang sedang mencari² tercari² bisnes online sampingan, shaklee ni sangat bagus untuk dijadikan pilihan utama bisnes online. kerana jenamanya dah terkenal.. dah tak perlu susah payah nak perkenalkan lagi JENAMA SHAKLEE ni. apa yang perlu agen yang baru buat adalah menonjolkan diri je hihi

macam saya ni haaa 😉😉

so, inilah 3 sebab kenapa saya pilih bisnes shaklee sebagai bisnes online saya. anda nak join bisnes shaklee? jom kontek saya 

karmila karim
019 981 9196

Thursday, November 17, 2016

Produk Shaklee di saat Banjir


Gelapkan langit.. hari ni mendung lagi..  insya Allah kejap lagi hujan agaknya..  sebut hujan akan teringat banjir. so, hari ni nak share sikit pasal produk shaklee di saat banjir.

alhamdulillah.. sejuk bumi temerloh kebelakangan ni. syukur sangat² sebab hampir setahun jugaklah temerloh panas.. sampai surut air sungai Pahang te.. ni dah start hujan lebat sekali sekala, dah mula berair kembali sungai tu

ini pun lambat jugaklah angin monsun timur laut bertiup ke sini. biasanya dari bulan 9 bulan 10 dah mula. papepun tetap bersyukur.. semoga tanah² yang kering, tanaman² yang hampir mati bertahan dalam kemarau, kembali mencurahkan rezeki

tak sangguplah nak banjir besar pulak macam tahun 2014.. hihi tahun yang mengujakan untuk saya sebab kali pertama menghadapi bencana banjir besar.. sekolah pun jadi mangsa.. so tak payah ke sekolah.. tapi putuslah hubungan dengan bandar temerloh. duduklah pusing² sekitar paya pulai - kg awah.. bosan duk di rumah, ulang alik jalan area tu hihi. kawasan lain tak dapat nak dituju sebab jalanraya semua ampuh dek air.. 

rumah mertua di kampung tu memang setiap kali banjir besar akan menjadi mangsa.. taklah ampuh dek air sebab rumahnya atas bukit, tapi akan terputuslah hubungan dengan luar. yelah, rumah kat tebing sungai Pahang.. bila air dah melimpah tu memamg kompem jalan² akan ampuh. dah la ampuh, dalam dan deras pulak tu. tak dapat nak lalu dengan kenderaan darat. the only kenderaan yang boleh nak diguna untuk balik ke rumah mertua adalah bot. 

orang kampung memang siap sedia ngan bot dan minyak petrol banyak². jadi merekalah yang akan berkhidmat sebagai teksi nak balik ke rumah masing² time banjir hihi. uuu excited saya nak try naik bot nempuh air deras tu tapi risau la jugak.. saya ni tak pandai berenang.. pape jadi dalam perjalanan tu, lagik menyusahkan orang pulak. so sampai sekarang tak berani lagik nak cuba hihi.

mertua memang selalu dah prepare nak hadapi musim banjir. bila nampak air sungai dah nak melimpah memang awal² siap sedia. samaada nak terus stay di kampung or duduk rumah anak² di kawasan tak banjir. tapi tak boleh jugak nak tinggalkan rumah kosong gitu je. so prepare jugak beli makanan dalam tin, biskut², maggi, beras, susu, gula, teh kopi untuk orang yang akan tinggal di kampung jaga rumah. selain tu siap² beli lampu gas 2 3 bijik, minyaknye, lilin, air mineral bergallon².. macam² lah.. 

dulu masa saya tinggal dengan mertua, setiap kali musim banjir, ayah mertua dah risaukan saya. suruh suami saya bawak saya duk di rumah kakak ipar or duduk tempat lain time cuti sekolah tu. saya pun pelik jugak sebab saya excited ni nak duk di kampung. nak merasa jadi mangsa banjir. duk terkepung di rumah je, boleh rehat², boleh lepak² tengok tv. 

haha tergelak ayah mertua saya.. "time banjir mana dapat tengok tv. mana ada letrik. air bersih pun takde. nak mandi susah, nak buang air susah." tapikan rumah aboh kan tak naik air? haha naive nye saya. nampak sangat tak pernah kena banjir.. haha sebab rumah ayah saya di kuching tak pernah kena banjir (seingat sayalah hihi) kalau ada pun baniir, setakat naik kat jalan je and still boleh dilalui kenderaan.

apparently, masa banjir besar, protokol wajib adalah memutuskan bekalan letrik untuk mengelakkan berlakunya renjatan. selain tu, pam air ke kawasan banjir jugak ditutup. so memang terputus betullah.. 

sebab tu bagi mereka yang dah biasa dengan banjir besar dah siap siaga dengan bekalan². yang dah biasa and tahu rumah akan dinaiki air, dah siap siaga dengan bekalan untuk ke tempat perpindahan mangsa, dah kumpul² dokumen yang penting, dah angkat apa² yang nak diselamatkan ke tempat yang lebih tinggi. 

bekalan makanan yang diprepare untuk banjir ni biasanya adalah makanan segera, makanan kering dan makanan dalam paket, sumber nutrisi memang tolak tepi. dalam keadaan sumber air bersih pun susah nak dapat, memang kesihatan mangsa² banjir (yang tak nak berpindah ke tempat khas) akan terabai. nak² kanak².. pantang nampak air bertakung gitu mulalah nak main air bah.. seronok berkubang mandi air banjir.. hihi bukan budak kecik je, remaja belia pun tak ketinggalan. kekadang dengan mak ayah pun join main. berakit lah, bersampan lah.

banjir banjir jugak.. kesihatan dan keselamatan tetap dan mesti diutamakan. time banjir banyak wabak akan tersebar. wabak bawaan air biasanya. seperti malaria, kencing tikus, cirit birit, demam, denggi.. aish, segala makneka penyakit la boleh tersebar. semua yang berkaitan dengan kebersihan. yelah, time banjir banyak binatang yang mati lemas, segala sampah² akan timbul dan tersangkut di mana² ditambah lagi dengan barang² rumah yang hanyut. 

selain dokumena dan bekalan makanan serta peralatan yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi banjir, ubat²an serta vitamin juga perlu nye. bagi yang memang bergantung dengan ubat klinik, memang kena awal2 dah mintak bekalan untuk 2 bulan (itupun kalau klinik bagi memandangkan bekalan ubat sedikit terhad sekarang ni). 

jadi, sebagai SID shaklee yang prihatin, meh saya nak senaraikan produk shaklee yang perlu di saat banjir

  1. vitamin c untuk menguatkan imuniti badan
  2. nutriferon untuk melawan virus² yang hinggap dalam badan
  3. esp untuk bekalkan protein 
  4. performance drink untuk bantu kekalkan hidrasi badan
  5. vitalea untuk kesihatan secara umum
  6. hb cream untuk sapu² kat kulit yang digigit nyamuk

aaa itulah antara produk shaklee di saat banjir yang perlu disiapkan. takde lagi? meh order kat saya 😊😊

karmila karim
019 981 9196