Thursday, October 29, 2015

6 Cara Detoks Mudah

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi infomasi tentang 6 langkah mudah untuk detoks. Kenapa detoks?? Sebab itu masalah pertama yang saya consult sebagai Stokis Shaklee Temerloh ni hehe..


APA ITU DETOKS??? APA ITU TOKSIN??

Detoks atau detoksifikasi adalah proses menyah/membuang toksin daripada badan kita. Toksin tu apa pulak?? Toksin adalah bahan kimia atau racun atau bendasing berbahaya di dalam badan kita yang perlu dibuang. 

Bahan kimia ini boleh memasuki badan kita melalui udara (pewangi kereta, cat, asap rokok, perfume dan sebagainya) dan melalui makanan.. terutamanya makanan yang kaya dengan perisa dan makanan yang diproses (junk food, makanan segera).


KENAPA PERLU DETOKS???

Aaaa kenapa ye perlu detoks?? Kenapa perlu buang toksin2 tu.. ermm, dah namanya bahan kimia beracun dan berbahaya maka perlulah ia dibuang..

Badan kita memang secara semulajadi membuang (melalui usus) dan mendetoksifikasi (melalui hati) toksin2 dalam badan. Namun adakalanya berlaku kepincangan tugas organ2 itu menyebabkan proses itu berlaku dengan tidak sempurna. Kepincangan berlaku boleh disebabkan oleh jumlah toksin yang terlalu tinggi di dalam badan ataupun organ2 itu telah lemah atas faktor usia ataupun masalah kesihatan lain. 

Apa yang akan jadi kalau bahan kimia itu dibiarkan dalam badan?? Yg biasa2 dialami dan dianggap tak serius adalah pening kepala, mual, selsema dan gatal2. Ermm, tak serius la sangat..

Mari saya senaraikan apakah kesan2 serius toksin berlebihan dalam badan:
     ◎ jerawat di muka dan badan
     ◎ alahan
     ◎ masalah penghadaman
     ◎ cirit birit
     ◎ angin dalam badan
     ◎ berat badan berlebihan
     ◎ masalah kulit
     ◎ insomnia
     ◎ haid tidak teratur
     ◎ proses penuaan lebih cepat
     ◎ emosi tidak stabil
     ◎ badan tidak dapat menyerap nutrisi 
        dengan sempurna

Aaa nampak tak?? Hanya kerana toksin berlebihan dlm badan bnyk masalah kesihatan lain berkait.. kerana nutrisi tidak dapat diserap dengan sempurna oleh badan. Makan la bnyk2 makanan kesihatan, makanan berkhasiat.. semuanya akan sia2 sebab toksin dlm badan.

So, nak cantik, nak sehat, nak kawal berat badan, nak awet muda, nak semua2 tu perlulah detoks dulu.. kerana TOKSIN ADALAH ROOT CAUSE PADA MASALAH KESIHATAN YANG LAIN..eh tercapslock dan bold pulak hehe.. 


6 LANGKAH MUDAH UNTUK DETOKS

Sini saya kongsikan 6 langkah mudah untuk detoks.. sangat2 mudah dan boleh buat sendiri.

1. Minum banyak air kosong 
Ini adalah cara detoks semulajadi. Minum air yang banyak akan mengekalkan hidrasi tubuh dan membantu melancarkan proses pelawasan dan penghadaman.

2. Beriadah
Beriadah juga penting untuk mengeluarkan peluh sekaligus membuang toksin secara semulajadi. Bersenam, melakukan yoga, zumba, berkebun.. buatlah aktiviti riadah yang digemari.

3. Minum air limau/lemon/Infused Water
Air limau atau lemon atau Infused Water juga berkesan untuk detoks. Air akan menghidrasi tubuh manakala kemasaman akan menyeimbangkan keasidan tubuh dan melancarkan proses pencernaan.

4. Minum teh hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan. Ia akan membantu hati menghasilkan enzim2 yang penting untuk detoksifikasi dengan lebih cepat.

5. Makan sayur dan buah
Makan sayur dan buah dengan lebih banyak mempercepatkan detoks kerana keduanya mengandungi serat dan juga sangat kaya dengan antioksidan. Ini akan membantu proses pelawasan dan pembuangan melalui usus.

6. Makan set detoks Shaklee
Set detoks premium Shaklee terdiri daripada Alfalfa, Herblax, OsteMatrix, DTX Complex, Vivix dan Phytocol. Setiap produk ini mengandungi bahan2 semulajadi dan membantu proses penghadaman dan pelawasan.

Nak tahu lebih lanjut tentang setiap produk dalam set detoks ni?? Hubungilah saya, Karmila Karim, Stokis Shaklee Temerloh anda. Nanti saya terangkan satu2 macamana produk2 tu membantu untuk detoks.

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

Thursday, October 22, 2015

Karmila Karim, Stokis Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Awal mula bicara.. sebelum saya membawa anda pergi lebih jauh bersama Shaklee, berikan saya sedikit ruang utk memperkenalkan diri saya, pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitar yang mampu saya sampai dengan kereta saya.


SIAPA SAYA

Saya Karmila Karim, isteri kepada seorang insan bernama Ahmad Fadzly, ibu kepada Hassan, Hasanah dan Husna dan guru yg mengajar di sebuah sekolah rendah di seberang bandar Temerloh.



Saya berasal dari Bumi Kenyalang namun telah berhijrah ke daerah Temerloh ini mengikut suami sejak 2009 dan mula berkhidmat di sini sejak 2010. 


Minat saya adalah berniaga; olahraga; aktiviti2 outdoor seperti berkhemah, hiking, briskwalking; sightseeing; baking (minat yg br dpt dilakukan sejak berpantang); ayam, piza & spegeti; menonton movie x kira genre kecuali seram n thriller (bukan sbb takut tp x suka part2 terkejut2 n saspen tu), korean dan japanese drama. 

Saya bukanlah pakar perubatan namun bersama Shaklee, saya sebagai pengedar Shaklee Temerloh anda akan berusaha utk membantu anda, dan bersama2 kita mengorak langkah menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

APA ITU SHAKLEE

Sejarah Shaklee bermula sejak 100 tahun dahulu apabila Dr. Forrest C. Shaklee telah memacu suatu fenomena utk membantu manusia hidup lebih sihat dan gembira. Sejak itu, milioran telah dibelanjakan utk penyelidikan dan penghasilan supplemen dan makanan kesihatan berasaskan organik dan semulajadi. Hari ini, Shaklee telah menjadi syarikat nutrisi semulajadi no 1 di US dan di seluruh dunia.

Terdapat banyak produk2 Shaklee yang telah dihasilkan. Bukan sahaja fokus kepada nutrisi, malah utk mengawal berat badan, kecantikan luaran dan dalaman serta kebersihan rumah. 

● Healthy Nutrition terdiri daripada 25 produk
Antara produk2 nutrisi 

● Healthy Weight terdiri daripada 2 produk

● Healthy Beauty terdiri daripada 21 produk
Antara produk2 kecantikan

● Healthy Home terdiri daripada 5 produk
Antara produk2 utk kediaman

Saya ingin membantu anda2 semua utk mencapai kehidupan yg lebih sihat dan bermakna. Hubungilah saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh utk konsultasi dan berbincang tentang kesihatan melalui:

     > sms/wasap/telegram: 019-9819196

     > emel: milakarim4@gmail.com

     > facebook: milakarim

Marilah bertindak hari ini utk hari muka yg lebih sihat dan bermakna.

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitar

SID: 1202482

019-9819196

Pentingnya kalsium semasa hamil untuk hari2 mendatang

Bismillahrrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersua lagi dalam posting saya yg seterusnya.. excited betol saya, pengedar Shaklee Temerloh anda, nk berkongsi maklumat yg diperolehi tentang pentingnya kalsium semasa hamil.. bukan apa, itukan ilmu utk semua. Misi saya kan adalah utk membawa anda2 semua ke arah kehidupan yg lebih sihat dan bermakna hehe..

Posting sebelum ni saya perkenalkan produk Shaklee bernama OsteMatrix dan semalam saya telah terbaca satu artikel berkenaan kalsium dalam badan ibu.. yg menunjukkan pentingnya kalsium semasa hamil.. so, let's read it ye..

"Kenapa ibu2 akan mengalami sakit lutut dan sendi2?
ALLAH telah meletakkan bayi di dlm rahim wanita dlm cecair jus yg sgt masin. Ini adalah utk menjadikan ia ringan dan pd masa yg sama, memudahkan makanan utk smpi kepada bayi itu melalui tali pusat."


"Apabila si ibu tidak makan, bayi itu tidak akan kelaparan kerana terdapat kelenjar2 pada tali pusat yg akan mencairkan gigi dan tulang si ibu utk menggantikan makanan. Disebabkan itu, apabila mencapai usia tua, sendi2 dan lutut ibu akan mudah sakit." 


Nahhh... jelas ye ibu2 dan para wanita sekalian, betapa pentingnya kalsium semasa hamil utk hari2 mendatang. Bukan hanya ketika hamil dan semasa muda nih (sbb sy pun blom mengalami lagi sakit sendi n lutut hehe) namun utk hari tua kita nnt.. 

Ni, saya nk kenalkan pd anda, ibu2 yg prihatin dan sedar betapa pentingnya kalsium semasa hamil, set premium utk pre dan post-natal.

X salahkan utk bersedia lbh awal kerana anda2 dah tahu kan pentingnya kalsium semasa hamil utk hari2 mendatang dan tua nnt.. bak kata pepatah sediakanlah payung sebelum hujan.. haaa kalau dah hujan br nak cari payung, dah terlambat dah anda2 sekelian.. dh kuyup.. dh lencun..

Jadi, marilah melangkah ke arah kehidupan yg lebih sihat dan bermakna bersama saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh anda. Hubungi saya ye di 019-9819196

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

Wednesday, October 21, 2015

Shaklee yang pertama.. Pentingnya kalsium semasa hamil

Bismillahirrahmannirrahim

Okay, enough about how i started. Mari berkongsi pasal benda lain pulak seperti pentingnya kalsium semasa hamil.

Hari ni saya, pengedar Shaklee Temerloh anda akan berkongsi tentang produk Shaklee pertama yg saya beli iaitu OsteMatrix. Kenapa ini produk pertama dibeli??? Kerana memikirkan pentingnya kalsium semasa hamil.


Aaa OsteMatrix ni utk kekuatan tulang, gigi dan sendi2 ye.. ibu2 mengandung mesti tahukan pentingnya kalsium semasa hamil. Kita ni perlukan kalsium utk menguatkan tulang, gigi dan sendi diri dan anak dlm rahim tu pun sdg membesar dan memerlukan kalsium.


Tapi, Oste ni bkn sekadar membekalkan kalsium.. bukan hanya utk ibu2 yg tahu pentingnya kalsium semasa hamil sahaja, malah dia ada bnyk kelebihan lain.. ce tgk gambarajah kat bawah ni..




Haaa BANYAK kan kelebihan dia.. jadi kamu2 di luar sana, yg tahu pentingnya kalsium semasa hamil tp x buat apa2 pun utk menambah kalsium, yg ada masalah sakit2 lutut, x boleh duduk lama sgt nnt kebas, sokmo kejang2 terutamanya waktu sejuk (selalu berlaku pd ibu2 mengandung), yg ada sakit gastrik, bolehlah menghubungi saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh anda di 019-9819196. 


Eeehhh, tunggu  jap. Kamu2 yg xdek masalah kesihatan pun boleh jugak hubungi saya. Kita boleh bincang tentang meningkatkan kesihatan diri dengan supplemen kesihatan. X perlu sakit dulu baru nk makan supplemen. Mencegah kan lebih baik daripada merawat, betul x?? Sekarangkan kamu2 dah tahu pentingnya kalsium semasa hamil dan utk hari2 tua.. So tunggu apa lagi.. cepat2 hubungi saya, pengedar Shaklee Temerloh anda. Semoga kita semua akan menuju ke arah kehidupan yg lebih sihat dan bermakna.

Salam sayang, 

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-981 9196

Masih belum boleh berlari..

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yg ingin dikongsi hari ini?? Oh ya.. masih lagi belum habis bercerita tentang permulaan diri ini sebagai pengedar Shaklee Temerloh.


[Apa yg ingin saya capai sebagai pengedar Shaklee]


Seperti yg saya ceritakan sebelum ini saya mula membeli produk Shaklee semasa mengandung anak ke-3.. itupun sesudah masuk trimester kedua. Namun masih belum terdetik di hati utk terlibat secara serius dlm bidang penjualan. Serius! Saya hanya mahu makan supplemen sahaja utk kesihatan diri n anak dlm kandungan. X nak jual2.. X RETI!!

Namun, semua itu mula berubah.. sekarang saya sedang bercuti panjang selepas melahirkan bby Husna (confinement 90 hari bersambung terus dgn cuti skolah.. hehe best x??).. rakan yg sama memperkenal dan menjual produk Shaklee kpd saya menghubungi dan memaklumkan bahawa sedang trending d google pencarian pengedar Shaklee di Temerloh. Saya mengatakan bahawa terdapat ramai pengedar Shaklee di sana. Laju rakan saya itu menangkis dan menyatakan bahawa dapatan google menunjukkan tiada pengedar Shaklee di Temerloh yg aktif secara online. Terus rakan saya mengajukan soalan, "Kenapa tidak di ambil peluang ini? Tengok sahaja, melepas.."

Ya.. kenapa tidak. Sejak bercuti ni pun saya sudah mula berjinak2 dgn online marketing.. menghubungi online seller yg memerlukan dropship dan telah mempromosikan beberapa produk. Jadi kenapa tidak dipromosikan juga produk2 Shaklee. Saya juga seorang ahli n layak menjadi pengedar.. 

Terus saya bersetuju tp awal saya katakan yg saya belom mahir online marketing. Baru sahaja mula bertapak dan pernah gagal dahulu. Rakan saya tidak berputus asa dan terus mengasak. Dia memberikan bahan2 bacaan dan rujukan untuk menjayakan suatu2 perniagaan online mahupun offline, dia hubungkan saya dengan rakan2 baru yg mempunyai hala tuju yang sama, dia masukkan saya di dalam kumpulan sokongan yang padu.. 

SAYA TERUS BERSEMANGAT!! saya habiskan masa seminggu.. ya SEMINGGU untuk mengkhatam semua infomasi dalam kumpulan sokongan, menelek2 apps yang sesuai untuk membuat iklan dan poster, mencari2 bahan2 lain berkaitan kesihatan di internet.. serta membaca blog rakan saya, www.petuakulit.com berulang2 kali.. utk dijadikan panduan dan menguatkan semangat hehe.

Dan bermulalah sesi penulisan blog ini. Bermulalah satu watak baru dlm hidup ini. Watak sebagai pengedar Shaklee Temerloh hehe.. Agak segan pd awalnya namun rakan saya nyatakan bahawa blog adalah luahan diri sendiri. Macam menulis cerpen di sekolah menengah dahulu (ya, saya sgt suka menulis cerpen dahulu).

Ada suara2 orang yg rapat bertanya2 akan perkembangan perniagaan online.. "Dah ada orang beli?" "Boleh ke ni?" "Dah laku dah ke?" "Awak mmg x de luck berniaga online. Klo kedai rasanye laku." Kdg2 kerana kata2 itu saya malu untuk bergiat aktif.. berniaga sembunyi2, nnt dh ada orang beli baru war2kn pd orang lain.. mcmana tu?? Dah kata nk meniaga caner nak sembunyi2 dari orang.. orang2 luar sana especially yg rapat la potential customer. 

Xpe.. kata2 itu saya jadikan sebagai batu api yang akan membakar semangat saya. Bukan utk dilemparkan semula pd mereka bila berjaya.. semoga kata2 itu sentiasa akan mengingatkan sy pd permulaan sy dan semoga ia akan sentiasa menjadikan hati ini tidak leka dan riak.

Jadi apa yg ingin dicapai bersama Shaklee?? Apa lagi kalau bkn kehidupan yg lebih sihat. Saya membeli awal dahulu pun utk kesihatan diri dan kini saya berpeluang utk berkongsi produk2 kesihatan dgn orang ramai. Saya bukanlah doktor mahupun pakar dlm bidang kesihatan namun saya akan berusaha utk membantu keluarga, rakan2 dan orang ramai ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Islam juga mahukan umatnya sihat. Ini juga perjuangan ke arah memperbaiki diri kepada yg lebih baik.

Sebut tentang keluarga customer pertama saya mestilah keluarga yg terdekat n paling rapat. Siapa lagi kalau bkn encik suami hehe.. sebagai seorg isteri dan ibu mmg patut concern n ambik peduli dgn kesihatan suami serta anak2.. merekalah keluarga di dunia dan di akhirat.. in shaa Allah..

Kepada kamu yg di luar sana, yg mahukan supplemen utk meningkatkan kesihatan, juga jika yg ada memerlukan alternatif lain utk masalah kesihatan segeralah menghubungi saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh anda di 019-9819196. Jgn malu2 ye..

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-9819196

Monday, October 19, 2015

Permulaan langkah-langkah kecil..

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Panjang nafas dihela.. dan dihembus perlahan.. setiap perkara perlu ada permulaan jadi inilah permulaan saya yang serius dalam dunia yang baru diceburi ini.

Baby steps.. ini baru langkah yang kecil.. bertatih.. banyak perkara yang perlu dipelajari dan diterokai.. rupanya bukan senang.. izinkan saya berkongsi permulaan kehidupan saya sebagai pengedar Shaklee Temerloh.


[Perkenalan saya dengan Shaklee]


Saya telah lama mengetahui kewujudan Shaklee. Sebelum berpindah ke Temerloh pernah melihat melalui fb rakan2. Bila di Temerloh ternampak banyak banner2 dan iklan2 cetak pengedar2 Shaklee di tiang2 letrik taman2 perumahan. Pernah juga terlihat canister2 produk Shaklee di rak2 kediaman rakan2. 

Pernah terfikir nak ambik tahu tentang Shaklee?? Tak terlintas langsung di fikiran. Sebab utama kerana kandungannya (ubat-ubatan mestilah ada bahan kimia) dan ada produk serbuknya diperbuat daripada soya (sehingga kini saya sangat berwaspada dengan soya kerana soya adalah makanan kanser).

Tapi setelah mengandung anak ketiga dan disahkan GDM (diabetes semasa mengandung) terus bertanya2 kepada rakan2 sekolah bagaimanakah cara untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Seorang rakan yang sejak dahulu sering memperkenal dan mempromosikan produk kesihatan kepada saya (produk pertama yang saya beli darinya bukanlah Shaklee) telah memperkenalkan produk Shaklee kepada saya. Saya sedikit skeptikal dan menolak pada mulanya. 

Dalam penolakan itu saya telah menyebut soya sebagai alasan. Rakan saya sedikit terkejut dan bersungguh2 menerangkan bahawa produk2 keluaran Shaklee tiada bahan kimia berbahaya, 100% organik dan soya yang digunakan adalah tanpa proses GMO. 

Mendengar penjelasan rakan itu membuatkan saya menyelidik serba sedikit tentang Shaklee (itupun setelah membeli 2 produk). Barulah saya menyedari bahawa selama ini saya telah membuat tanggapan yang salah tanpa menyelidik terlebih dahulu dan menyedari bahawa produk2 Shaklee mempunyai banyak kelebihan. 

Mari saya kongsikan kelebihan2 produk Shaklee:

● Ia merupakan SUPPLEMEN untuk menguatkan imunisasi dalaman.

● Ia bukannya ubat dan bukan untuk mencegah penyakit  

● Bahan2 yang digunakan adalah 100% ORGANIK.

Banyak lagi kelebihan dan produk2 Shaklee untuk diketahui bersama. Bukan untuk diri sendiri malah untuk keluarga anda juga.

Untuk berkongsi masalah kesihatan dan konsultasi produk, jangan malu2 untuk menghubungi saya, Karmila Karim, pengedar Shaklee Temerloh. In shaa Allah saya akan cuba membantu anda.

Salam sayang,

Karmila Karim

Pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, Chenor dan kawasan2 sekitarnya

SID: 1202482

019-981 9196